top of page

Kajiselidik Populariti Perdana Menteri dan Calon Perdana Menteri Pembangkang

  • Writer: YB Wong Chen
    YB Wong Chen
  • May 25, 2017
  • 2 min read

INVOKE Malaysia released on the 24th of May 2017 on who is the most popular choice to be PM if the Opposition wins. Anwar Ibrahim came up tops, followed by Hadi Awang, then Mahathir, Muhyiddin, Rafizi Ramli, Mukhriz, Wan Azizah, Azmin and Nurul Izzah. The survey was conducted with 18,000 respondents.

The findings and explanatory notes are as such:

KAJISELIDIK POPULARITI PERDANA MENTERI DAN CALON PERDANA MENTERI PEMBANGKANG oleh I-CPI

LATAR BELAKANG

Penganalisa politik berpendapat untuk menang PRU14, Pakatan Harapan (terutamanya) perlu menamakan calon Perdana Menteri. Kegagalan mempersetujui seorang calon Perdana Menteri sering dirujuk oleh penganalisa politik sebagai kelemahan Pakatan Harapan.

Perkembangan politik mutakhir dengan kemasukan PPBM menyertai Pakatan Harapan dilihat menyulitkan lagi sebarang usaha untuk mempersetujui seorang calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Kajiselidik ini dibuat untuk mendapatkan data yang mewakili semua lapisan pengundi (mengikut kaum, jantina, umur dan negeri) untuk menjawab soalan-soalan berikut:

i. Berapa ramai rakyat Malaysia yang masih mahu Dato’ Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri? ii. Bagaimana populariti pimpinan terkanan pembangkang dari PKR, PAS dan PPBM sebagai calon Perdana Menteri? iii. Adakah isu siapa Perdana Menteri dari Pakatan Harapan adalah faktor penting yang mempengaruhi undi kepada Pakatan Harapan?

KAEDAH DAN SAMPEL

17,962 orang pengundi berdaftar di seluruh negara ditemuramah di dalam bahasa ibunda masing-masing atau bahasa Melayu.

Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kajiselidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kajiselidik dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.

Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer INVOKE. Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.

Keputusan hasil dari kajiselidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat seperti berikut:

i. Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur, jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara ii. Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi parlimen di seluruh negara

Pengundi ditanya soalan-soalan berikut:

Soalan 1 Adakah anda setuju atau tidak setuju dengan apa yang Najib Razak lakukan sekarang sebagai Perdana Menteri? a) Setuju b) Tidak Setuju c) Tidak tahu (Jangan Baca)

Soalan 2 Antara yang berikut yang manakah menjadi pilihan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya? a) Najib Razak b) Mahathir Mohamad c) Anwar Ibrahim d) Muhyiddin Yassin e) Mukhriz Mahathir f) Hadi Awang g) Azmin Ali h) Rafizi Ramli i) Nurul Izzah j) Wan Azizah k) Lain-lain (Jangan Baca) l) Tidak tahu, tidak pasti (Jangan Baca) m) Enggan memberi jawapan (Jangan Baca)

KEPUTUSAN

Keputusan terperinci dan angka-angka adalah seperti di dalam slaid yang dilampirkan.


PEMERHATIAN UTAMA

1. Hanya 3 dari 10 rakyat Malaysia menamakan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri pilihan mereka selepas PRU14

2. Lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tindakan Dato’ Seri Najib berbanding yang berpuas hati

3. Lebih satu pertiga dari responden yang bersetuju dengan tindakan Dato’ Seri Najib tidak menamakan beliau sebagai Perdana Menteri

4. Pola populariti Dato’ Seri Najib hampir sama dengan pengundi dari ketiga-tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India

5. Dato’ Seri Anwar adalah calon yang paling popular di kalangan pemimpin pembangkag yang mendapat sokongan dari semua kaum

Dikeluarkan oleh: Rafizi Ramli 24 Mei 2017

Bagi pihak INVOKE


Related Posts

See All
Nevertheless We Persisted

my office continues our full support for INVOKE Malaysia and YB Rafizi Ramli, and all his work to ensure the defeat of Barisan Nasional..

 
 
PACA Training in a Booklet

I joined several MPs and colleagues at INVOKE Malaysia to launch the PACA (Polling Agent, Counting Agent) manual booklet prepared by..

 
 
bottom of page