Oleh Nazrin Zulkafli, Sinar Harian (29 Oktober 2021)
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mempersoalkan tujuan sebenar peruntukan besar diberi kepada perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2022.
Menurutnya, peruntukan sebanyak RM332.1 bilion dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara ini.
"Perbelanjaan pembangunan juga merupakan yang terbesar iaitu RM75.6 bilion.
"Adakah perbelanjaan pembangunan ini membantu ekonomi atau membantu kroni?" soalnya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.
Tegasnya, sebagai perbandingan, jumlah peruntukan untuk pembangunan itu juga adalah lebih besar daripada keseluruhan belanjawan kesihatan sebanyak RM32 bilion.
Katanya, bajet yang besar itu juga menyebabkan hutang negara melangkaui RM1 trilion dan kos pembayaran bagi hutang pula mencecah sebanyak RM43 bilion pada 2022.
“Bagaimana kerajaan akan membayar untuk ini? Mereka akan meminjam, meminjam dan meminjam,” ujarnya sambil menambah, kemampanan fiskal akan menjadi kebimbangan utama.
top of page
bottom of page