16 October 2019
I delivered my budget speech at 3.40pm today in Parliament. My officers are still scouring the internet to get this video. Since there have been various news articles about my speech, I have decided to publish the full speech below.
1. Malaysiakini – https://www.malaysiakini.com/news/496152… 2. FMT – https://www.freemalaysiatoday.com/…/pkr-man-tells-how-his-…/ 3. Berita Harian – https://www.bharian.com.my/…/618500/lindungi-rakyat-bukan-k…
I would highly advise all to read the full text before you place any comments. — Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2020.
Tuan Speaker, 1. Saya ingin bermula dengan merakamkan penghargaan kepada mantan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan langsung, dan masih menghadapi kes mahkamah daripada kerajaan terhadap beliau. Banyak perkara dasar belanjanwan yang dibincang oleh ahli ahli parlimen PH di dalam dewan yang mulia ini, pada musim belanjawan ini, bermula dari beliau. Selepas tiga, empat tahun dipikul beliau, saya pula mengambil alih kerja merangka dasar dasar belanjawan alternatif selama empat tahun sehingga ke PRU14.
2. Dua minggu lalu di dalam satu conference, saya mendengar seorang politician di atas pentas, menyimpulkan bahawa beliaulah yang banyak menulis dasar-dasar dan perkara manifesto. Saya sedia terima, sekiranya titik peluh Rafizi dan saya dilupakan, tetapi tak payahlah whitewash dan rewrite history. Rewriting history, ini adalah kerja era zaman Stalin.
3. Oleh demikian, saya mulakan ucapan saya dengan merakamkan jasa Rafizi Ramli di dalam Hansards, supaya, dengan izin, the real history is properly recorded.
Tuan Speaker, 4. Apakah sebenarnya isu dasar dalam setiap Belanjawan? Setiap Belanjawan mempunyai dua perkara, pendapatan kerajaan ataupun revenue, dan perbelanjaan kerajaan ataupun expenditure.
5. Memandangkan saya cuma ada 20 minit, saya akan memberi pandangan dan cadangan dasar secara makro, mengenai dua perkara pendapatan dan tiga perkara perbelanjaan. Saya minta, please hold your horses, jangan celah, masa singkat sekali dan banyak poin yang saya nak cover. Kalau ada masa di perhujung ucapan, saya akan jawab semua celahan YB.
6. Baik, saya bermula dengan isu pendapatan, iaitu perkara SST. Saya cukup puas hati melihat ramalan SST bagi 2019 adalah RM26.8 billion dan ianya akan berkembang ke RM28.3 billion pada tahun hadapan. Ini menunjukkan bahawa PH telah berjaya meningkatkan target asal SST dari RM22 billion. Ini penting kerana ia memberi sedikit kelonggaran fiskal kepada kerajaan PH.
7. Tetapi saya juga hairan, terdengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu dewan yang mulia ini pada minggu lalu, bahawa tidak lama lagi pungutan SST akan melebihi GST.
8. Pada hari lain pula, YAB Perdana Menteri juga terbuka dengan idea mengkaji semula kaedah GST.
9. Tuan Speaker, di dalam dunia, where history can be rewritten dan dasar boleh berubah, saya ingin put on record bahawa dasar GST yang ditulis oleh pejabat saya pada tahun 2016, adalah pengurangan GST dari 6% ke 3%.
10. Pada masa itu, saya ditugaskan untuk menulis dasar Belanjawan Alternatif dan saya memang tulis 3%. Saya hantar deraf saya, selepas dua minggu tidak menerima sebarang feedback dari pemimpin tertinggi, pejabat saya terus mencetak 200 buku Belanjawan Alternatif tahun tersebut. 4 jam sebelum buku itu dilancarkan, ada pemimpin yang arah saya tukar ke zero peratus.
11. Saya masih ingat dengan jelas, semua pegawai saya dan semua pelatih saya bergegas menampalkan angka kosong peratus ke atas angka tiga peratus di dalam 200 buku belanjawan tersebut. Dan selepas itu, setiap tahun, saya pula diarah untuk defend dasar zero GST. Selepas kita menang PRU14, saya sebenarnya berharap sebagai langkah terbaik, kita mengurangkan GST ke tiga peratus dan selepas itu membuat kajian terperinci selama 6 bulan untuk melihat sama ada kita bolehkah transition GST ke SST dengan sempurna.
12. Ini bukan satu criticism terhadap PH ataupun terhadap sistem SST, tetapi memandangkan perutusan YAB Perdana Menteri tentang SST dan GST, dan kita sekarang hidup di dunia di mana, history can be rewritten by some, ada baiknya saya merakamkan my version of history too, in Hansards today.
13. Perkara kedua mengenai pendapatan, saya akan fokus kepada isu cukai pendapatan. Kerajaan lama memang sayang kepada golongan korporat dan kaya raya. Ini bukan andaian, tetapi jelas sekali apabila kita melihat data pendapatan kerajaan sendiri. Saya merujuk kepada dua data set. Data set pertama adalah data yang confirm, cuma 16% pekerja Malaysia yang membayar personal income tax. Maknanya 84% pekerja Malaysia tidak mencapai gaji bulanan RM3,300 keatas. Ini sangat merunsingkan kerana sebahagian besar penduduk, iaitu ada yang panggil the B70, sebenarnya, tidak ada apa-apa financial security langsung. Bukan sahaja itu, kebanyakan mereka tidak capai “living wage” pun, angka yang di kira oleh Bank Negara pada tahap RM2,700 sebulan.
14. Data set kedua adalah nisbah cukai pendapatan individu berbanding pendapatan korporat. Bagi tahun 2020, anggaran cukai pendapatan peribadi adalah RM37.4 billion dan cukai pendapatan korporat adalah RM75.5 billion. Nisbah ratio ini menunjukkan secara empirical, bahawa 200,000 non-dormant corporations adalah 2 kali ganda lebih kaya daripada semua 12 juta pekerja di Malaysia. Di negara maju, negara demokratik, nisbah ini terbalik, rakyat adalah lebih kaya dua atau tiga kali ganda daripada corporations.
15. Tuan Speaker, saya menimbulkan dua data set ini untuk memperingatkan kerajaan saya, bahawa kita perlu memberi fokus lebihan kepada isu socio-economic justice. Janganlah pula kita kata prinsip besar ini, socio economic justice, tidak ada di dalam manifesto kita. Oleh demikian, saya ingin membuat dua teguran ikhlas kepada kerajaan saya.
16. Teguran pertama, peningkatan RM100 gaji minima ke RM1,200 sebulan, mulai tahun depan, pada pendapat saya adalah jauh terlalu kecil. Ini issue prinsip, dengan izin, to eliminate economic desperation of our very poorest Malaysians. Kalaulah menteri-menteri kita boleh hidup RM1,200 sebulan then do it, if you cannot, then increase it. Jadi saya minta bagi Belanjawan 2021 tahun hadapan, kerajaan semestinya menaikkan gaji minima ke RM1,500 sebulan.
17. Teguran kedua, walaupun kadar income tax kepada golongan yang berpendapatan RM2 juta setahun dinaikkan dari 30% ke 32%, ia pada pendapat saya, dengan izin, a taxation policy that is not substantive enough and appears to be just for show.
18. Yang kena kenaikan cukai ini, adalah hanya 2,000 orang sahja, dan purata kenaikan setiap individu gila kaya ini adalah cuma RM20,000 seorang, jadi pada kesulurahnnya penambahan dana kepada kerajaan adalah hanya RM40 juta setahun. RM40 juta setahun adalah tersangat kecil dari segi fiskal.
19. Sebagai bandingan, saya merujuk ke mukasurat 248 buku perbelanjaan, di mana kerajaan bercadang untuk belanja RM300 juta untuk persidangan APEC 2020. Oleh demikian, saya minta kerajaan PH cepat merangkakan satu progressive taxation policy yang lebih serius untuk tahun 2021, demi menegakkan prinsip socio-justice, collect a few billion extra and widen the tax base.
20. Tuan Speaker, saya beralih kepada isu expenditure, perbelanjaan. On the surface, perbelanjaan nampaknya telah menurun dari RM316 billion tahun 2019 ke RM299 billion bagi tahun 2020.
21. Tetapi apabila kita mengeluarkan faktor one off RM37 billion, iaitu bayaran rebate GST dan special income tax rebate tahun lalu, kepada golongan korporat dan golongan orang orang kaya, pada keseluruhannya belanjawan 2020 telah naik sebanyak 7%. Ini adalah satu belanjawan expansionary dan pada pendapat saya adalah tepat, kerana kemungkinan besar ekonomi sedunia akan mengalami recession yang serius tahun hadapan.
22. Saya juga gembira meneliti, terdapat RM2 billion contingency untuk tahun depan, dan tak ada special dividen petronas bagi 2020. Soalan saya kepada menteri, sekiranya global financial crisis melanda tahun hadapan, adakah kita mempunyai dana secukupnya untuk mempertahankan ekonomi kita? Soalan susulan yang lebih penting adakah dana secukupnya akan digunakan untuk perbelanjaan sosial iaitu kepada rakyat atau ke perbelajaan menolong korporat dan golongan orang kaya?
23. Saya harap kerajaan akan menyediakan dana sosial dan bukannya dana korporat.
24. Tuan Speaker, saya berumur 50 tahun, dan masih ingat dengan jelas semasa Asian Financial Crisis melanda kita pada tahun 1997 – 1998. Habis duit kita. Boss saya, Port Dickson kena lebih teruk lah, hilang jawatan dan masuk jail pula.
25. Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingin, beratus ribu hilang pekerjaan, tetapi golongan yang kaya sahaja yang ditolong. Walaupun harta mereka merosot 30%, semua yang kaya pergi ke London, hidup dalam apartment mewah mereka untuk recuperate from financial stress. Distressed aset mereka di beli danahrata dan selepas beberapa tahun, kebanyakan gologan kaya ini beli balik aset mereka dengan harga yang murah. Such is life, the tycoons in Malaysia always win, and the ordinary people continue to suffer low wages. PH must do a lot better than BN on this front.
26. Oleh demikian, saya berharap kalau benar kita terpaksa berhadapan dengan satu global finnaical crisis, kerajaan PH perlu mementingkan rakyat dan bukannya korporat.
27. Tuan Speaker, perkara kedua tentang perbelanjaan. Sebagai seorang Ahli PAC, saya ingin membuat satu teguran yang serious tentang isu procurement of supplies and services.
28. Mengenai procurement of supplies and services, saya minta menteri menjelaskan satu data anomali yang cukup membimbangkan saya. Saya telah membuat bandingan data antara YB Pekan pada tahun 2017, dengan Belanjawan 2020 Pakatan Harapan.
29. Pada tahun 2017, kerajaan BN mempunyai 1.6 juta penjawat awam dengan perbelanjaan supplies and services sebanyak RM34.7 billion. Ini bermakna, kerajaan Najib membelanjakan pada purata RM21,700 of supplies and services bagi setiap penjawat awam.
30. Memang satu dunia tahu kes 1MDB dan juga terdapat berpuluh puluh laporan Auditor General tentang isu rasuah dan ketirisan zaman pentadbiran lalu. Tetapi apabila kita melihat angka Pakatan Harapan bagi supplies and services, saya rasa bimbang. Dengan 1.4 juta pejawat awam (saya difahami banyak ditukar jadi pekerja contract), supplies and services bagi tahun 2020 akan meningkat ke RM38.5 billion. Ini adalah lebih tinggi dari zaman pentadbiran BN, iaitu pada kadar RM27,500 of supplies and services per civil servant. Saya meminta penjelasan terperinci mengenai perkara ini, kalau tidak, saya takut PAC akan bersidang sampai seratus hari tahun depan membuat prosiding rasuah dan ketirisan.
Tuan Speaker, 31. Saya beralih ke isu development expenditure 2020 sebanyak RM54 billion.
32. Setiap Belanjawan, sama ada masa Barisan Nasional ataupun sekarang, menteri-menteri akan memberi pandangan mereka bahawa program mereka adalah terbaik untuk rakyat. Dulu cakap tentang Blue Ocean Strategy. Sekarang kita cakap tentang digitization dan Industrial Revolution 4.0.
33. Tuan Speaker, sebenarnya dan pada pendapat saya ini semua adalah satu fallacy dan magic show. Dana sebanyak 54 billion untuk development expenditure adalah hanya 0.4% of GDP sahaja.
34. Dengan izin, Can a spending of 0.4% have a tremendous impact to grow the economy? This is a fundamental question.
35. Kalau tidak, then let’s not pretend that the budget is a silver bullet to all our economic problems today.
36. Dengan izin, the silver bullet is not the budget, the silver bullet is the political will needed to reform the broken system of government.
37. Khasnya, kita perlu satu komitment yang penuh untuk menentang rasuah. Rasuah mempunyai pelbagai bentuk, seperti nepotism, negotiated tender, variation orders, lopsided concessions.
38. Suka tak suka, rasuah adalah sejenis human condition. Mana ahli parlimen di sini yang tak sayang anaknya? Mana yang tak nak beri anaknya satu peluang untuk berniaga. Kita tahu ini adalah salah. Kita tahu ini adalah merupakan satu abuse of power. Tapi masih dilakukan, sebab ini adalah satu human condition.
39. Jadi, untuk memastikan the containment of this terrible human condition, kita perlu memastikan ahli parlimen dan juga parti politik di beri resources yang cukup. 40. Dan kita boleh memulakan proses dasar anti rasuah ini dengan menaikan resources kepada ahli parlimen untuk pengendalian pejabat mereka. Skop Peruntukan ini juga perlu diperbesarkan untuk merangkumi pembiayaan political officers juga, supaya ahli parlimen boleh berpolitik tanpa rasuah.
41. Kalau tidak, ahli parlimen akan cari duit melalui kontrak, melalui derma khas dari Tan Sri-Tan Sri, Dato Seri-Dato Seri di Malaysia untuk menjaga anak buah politiknya.
42. Kedua, bayarlah political party secara terus dari kerajaan supaya political party tidak akan minta ahli-ahli parlimen, menteri-menteri, menteri-menteri besar untuk cari projek dan cari dana untuk parti.
43. Dan apakah kos untuk mengatasi masalah pokok ini? Adakah ia akan menelan Belanjawan 10 billion atau 5 billion setahun? Tidak.
Tuan Speaker, 44. Saya telah membuat perkiraanya. Bukan banyak sangat kos untuk memenangi at least 90% of rasuah.
45. Kita boleh mengatasi masalah rasuah ini dengan peningkatan peruntukkan pejabat ahli parlimen ke RM800,000 setahun. Kawan-kawan kita dari sebelah sana, UMNO, PAS, GPS sekarang ini hanya dapat RM100,000 sahaja, kita seharusnya boleh tingkatan dana mereka terus ke RM800,000, equal treatment for PH and opposition. Dan jumlah besar peningkatan dana pejabat semua ahli parlimen akan menelan Belanjawan tambahan sebanyak RM130 juta sahaja.
46. Kedua, perkara political party financing. Bagi setiap political party, saya cadangkan kerajaan bayar RM10 bagi setiap satu undi yang diterimai parti tersebut. Jumlah pengundi PRU 14 adalah 12.3 juta, kali RM10, maka belanjawan penuh political party finance adalah hanya RM 123 juta setahun. Pendek kata dengan pelaburan tambahan sebanyak RM250 juta setahun, kita boleh menghapuskan 90% of the human condition of corruption, dan dalam proses yang sama kerajaan bakal menjimatkan RM10 hingga 20 billion rasuah dan ketirisan dana kerajaan.
47. Tuan Speaker, we have established that the budget is not the big solution to our biggest problems. Selain dari memberantas rasuah, systemic reform untuk parlimen adalah juga tersangat penting.
48. Parlimen memerlukan its own financial resources and the powers to hire its own officers, dan dengan adanya kemerdekaan Parlimen, maka kemerdekaan rakyat dan demokrasi akan turut berkembang. Bukankah ini hasrat utama Pakatan Harapan?
49. An independent parlimen, memerlukan budget yang lebih besar, untuk membiayai a full set of ministerial committees, to enforce separation of powers and make the prime minister and cabinet transparent and fully accountable to the public.
50. Apakah kos yang perlu diberikan untuk menjana satu parlimen yang lebih aktif, seperti yang diamalkan di United Kingdom sekarang. Dalam perkiraan saya, ia akan hanya menelan Belanjawan tambahan sebanyak 50 juta sahaja. 51. Oleh demikian, saya harap pada tahun 2021, belanjawan Parlimen akan mencecah RM200 juta setahun, naik dari allocation RM145 juta bagi tahun 2020.
52. Tuan speaker, saya akan gulung ucapan saya. Saya cuma nak kata, overall this is a better budget than 2019, dan sebagai ahli backbencher, I will fully support my government.
53. Saya harap kerajaan saya boleh menerima pandangan dan teguran saya, seperti kerajaan Barisan Nasional dulu menerima kritikan konstructive saya.
54. Kalau not happy, please have a coffee with me, janganlah complain kepada Port Dickson. Tak guna, Port Dickson will tell me to continue to speak the truth.
55. Dan saya harap bagi belanjawan 2021, kerajaan Pakatan Harapan akan incorparate cadangan-cadangan yang saya telah kemukakan.
56. Ini bukannya cadangan-cadangan baru, memang termaktub dalam manifesto PH dan juga termaktub dalam bajet bajet alternatif dulu yang Rafizi Ramli dan saya pernah tulis. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya menyokong Belanjawan 2020 ini.