MEDIA STATEMENT: PAKATAN HARAPAN JOINS NATIONAL RECOVERY COUNCIL Pursuant to the MoU signed on 13th October 2021, four representatives from Pakatan Harapan formally joined the National Recovery Council meeting today. The four representatives are:
YB Wong Chen (Keadilan – MP for Subang)
YB Chong Chieng Jen (DAP – MP for Stampin)
YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (Amanah – MP for Kuala Selangor), and
YBhg Tan Sri Bernard Dompok (UPKO).
The three hour meeting was held in Lanai Kijang and chaired by YB Tan Sri Mahiaddin Yassin. The council was given an update on the Cocid-19 pandemic, followed by a briefing regarding challenges faced by SMEs, and another briefing on emergency food relief.
All four Pakatan Harapan representatives provided various inputs and policy suggestions in the said meeting.
Pakatan Harapan will continue to adopt a bipartisan approach and constructively engage and take part in the national recovery process. The next National Recovery Council meeting is expected to take place two weeks from now. YB Wong Chen
YB Chong Chieng Jen
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
YBhg Tan Sri Bernard Dompok
15 October 2021
KENYATAAN MEDIA: PAKATAN HARAPAN SERTAI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA
Lanjutan kepada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 September lalu, empat wakil Pakatan Harapan telah secara rasmi menghadiri mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang telah berlangsung hari ini.
Empat wakil Pakatan Harapan ke Majlis Pemulihan Negara adalah:
YB Wong Chen (Ahli Parlimen Subang, KEADILAN)
YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP)
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor, AMANAH)
YBhg Tan Sri Bernard Dompok (UPKO)
Mesyuarat selama tiga jam itu berlangsung di Lanai Kijang dan dipengerusikan YB Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Mesyuarat telah diberikan taklimat perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19, cabaran-cabaran yang dihadapi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan juga isu bantuan kecemasan makanan.
Wakil Pakatan Harapan telah mengemukakan pandangan dan cadangan dasar di dalam mesyuarat ini.
Pakatan Harapan akan meneruskan pendekatan dwipartisan dan memberi kritikan membina dan pendapat konstruktif demi memastikan usaha pemulihan negara dapat berjalan dengan lebih baik.
Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang seterusnya dijangka diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. YB Wong Chen
YB Chong Chieng Jen
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
YBhg Tan Sri Bernard Dompok
15 Oktober 2021