top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Belanjawan 2020

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan merakamkan penghargaan kepada mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan langsung dan masih menghadapi kes mahkamah daripada kerajaan terhadap beliau.

Banyak perkara dasar belanjawan yang dibincangkan oleh Ahli Parlimen PH di dalam Dewan yang mulia ini pada musim belanjawan ini, bermula daripada beliau. Selepas tiga empat tahun dipikul beliau, saya pula mengambil alih kerja merangka dasar-dasar belanjawan alternatif selama empat tahun sehingga ke PRU-14. Dua minggu lalu, di dalam satu conference, saya mendengar seorang politician di atas pentas menyimpulkan bahawa beliaulah yang banyak menulis dasar-dasar dalam perkara manifesto.

Saya sedia terima, sekiranya titik peluh Rafizi dan saya dilupakan tetapi tidak payahlah white wash then rewrite history. Rewriting history ini adalah kerja era zaman Stalin. Oleh demikian, saya mulakan ucapan saya dengan merakamkan jasa Rafizi Ramli di dalam Hansard supaya dengan izin, the real history is recorded today.

Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya isu dasar setiap belanjawan. Setiap belanjawan mempunyai dua perkara. Pendapatan kerajaan ataupun revenue dan perbelanjaan kerajaan ataupun expenditure. Memandangkan saya ada 20 minit, saya akan memberi pandangan dan cadangan dasar secara makro mengenai dua perkara pendapatan dan tiga perkara perbelanjaan.


Baik saya bermula dengan isu pendapatan – Yang Berhormat Kinabatangan kawan baik saya, saya agree boleh [Ketawa]. Iaitu perkara SST, saya cukup puas hati melihat ramalan SST bagi tahun 2019 iaitu sebanyak RM26.8 bilion dan ia akan berkembang ke RM28.3 bilion pada tahun hadapan. Ini menunjukkan bahawa PH telah berjaya meningkatkan target asal SST dari RM22 bilion. Ini penting kerana ia memberi sedikit kelonggaran fiskal kepada Kerajaan PH.

Akan tetapi saya juga hairan terdengarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini pada minggu lalu bahawa tidak lama lagi pungutan SST akan melebihi GST. Pada hari lain pula, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga terbuka dengan idea mengkaji semula kaedah GST.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam dunia where history can be rewritten dan dasar boleh berubah-ubah saya ingin put on record bahawa dasar GST yang ditulis oleh pejabat saya, bukan PH, pada tahun 2016 adalah pengurangan GST dari enam peratus ke tiga peratus. Pada masa itu saya ditugaskan untuk menulis dasar belanjawan alternatif dan saya memang menulis tiga peratus. Saya hantar draf saya selepas dua minggu tidak terima sebarang feedback daripada pemimpin-pemimpin, pejabat saya terus mencetak 200 buku belanjawan alternatif tahun tersebut. Empat jam sebelum buku itu dilancarkan ada pemimpin yang arah saya tukar ke zero peratus.

Saya masih ingat dengan jelas, semua pegawai saya, intern saya bergegas menampalkan angka kosong peratus ke atas angka tiga peratus di dalam 200 buku belanjawan tersebut. Selepas itu saya diberi amanahlah untuk defend dasar zero GST. Selepas kita menang PRU-14, saya sebenarnya berharap sebagai langkah terbaik kita mengurangkan GST ke tiga peratus serta-merta dan selepas itu membuat satu kajian enam bulan, satu tahun untuk melihat sama ada kita boleh melakukan transition GST ke SST dengan sempurna.

Ini bukan criticism terhadap PH ataupun terhadap sistem SST tetapi memandangkan perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap SST dan GST dan kita sekarang di dunia di mana history can be rewritten baik saya merakamkan juga version of my history dalam Hansard’s today.

Perkara kedua mengenai pendapatan, saya akan fokus pada isu cukai pendapatan. Kerajaan lama memang sayang kepada golongan korporat dan kaya-raya. Ini bukan andaian tetapi jelas sekali apabila kita melihat data pendapatan kerajaan sendiri. Saya merujuk kepada dua data set. Data set pertama adalah data yang confirm cuma 16 peratus pekerja Malaysia yang membayar personal income tax. Maknanya 84 peratus pekerja Malaysia tidak mencapai gaji bulanan RM3,300 ke atas. Ini sangat merunsingkan kerana sebahagian besar penduduk iaitu ada yang panggil B70 sebenarnya tidak ada apa-apa financial security langsung. Bukan sahaja itu, kebanyakan mereka tidak capai living wage pun, angka yang dikira oleh Bank Negara pada tahap RM2,700 sebulan.

Data set kedua adalah nisbah cukai pendapatan individu berbanding dengan pendapatan korporat. Bagi tahun 2020, anggaran cukai pendapatan peribadi adalah RM37.4 bilion dan cukai pendapatan korporat adalah RM75.5 bilion. Nisbah ratio ini menunjukkan bahawa secara emperical bahawa 200 ribu non dormant corporations adalah dua kali ganda lebih kaya daripada semua 12 juta pekerja di Malaysia. Di negara maju, negara yang lebih demokratik nisbah ini terbalik. Rakyat adalah dua kali ganda atau dua ke tiga kali ganda lebih kaya daripada corporations.

Tuan Yang di-Pertua, saya menimbulkan dua data set ini untuk memperingatkan kerajaan saya sendiri bahawa kita perlu memberi fokus lebih kepada isu socio-economic justice. Janganlah pula kita kata prinsip besar ini, socio-economic justice tidak ada dalam manifesto kita. Oleh demikian, saya ingin membuat dua teguran ikhlas kepada kerajaan saya. Teguran pertama, peningkatan RM100 gaji minimum ke RM1,200 sebulan mulai tahun depan pada pendapat saya adalah jauh terlalu sedikit. Ini isu prinsip dengan izin to eliminate economic desperation of our very poorest Malaysians. Kalaulah menteri-menteri kita boleh hidup RM1,200 sebulan then do it. If you cannot then you must increase it. Jadi saya minta Belanjawan 2021 hadapan, kerajaan semestinya menaikkan gaji minimum ke RM1,500 sebulan.

Teguran kedua, walaupun kadar income tax pada golongan yang berpendapatan RM2 juta setahun dinaikkan daripada 28 peratus ke 30 peratus ia pada pendapat saya dengan izin, a taxation policy that is not substantive enough and appears to be just for show. Yang kena kenaikan cukai ini adalah hanya 2,000 orang sahaja dan purata kenaikan setiap individu yang gila kayalah [Ketawa] adalah cuma RM20,000 seorang.

Jadi pada keseluruhannya penambahan dana pada kerajaan adalah hanya RM40 juta setahun. RM40 juta setahun adalah tersangat kecil daripada segi fiskal. Sebagai bandingan saya merujuk kepada muka surat 248 buku perbelanjaan kita. Di mana kerajaan bercadang untuk belanja RM300 juta untuk Persidangan APEC 2020 sahaja. You compare RM40 milion to the RM300 milion intended to spending. Oleh demikian saya minta Kerajaan PH cepat merangkakkan satu progresif taxation policy yang lebih serius untuk tahun 2021. Demi menegakkan prinsip socio-economic justice, collect a few extra billions and widen the tax base.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu expenditure ataupun perbelanjaan. On the surface perbelanjaan nampaknya telah menurun daripada RM316 bilion tahun 2019 ke RM299 bilion bagi tahun 2020. Akan tetapi apabila kita mengeluarkan faktor one off RM37 bilion iaitu bayaran rebat GST dan special income tax rebates tahun lalu kepada golongan kaya. Kepada golongan korporat dan golongan orang-orang kaya. Pada keseluruhannya Belanjawan 2020 telah naik sebanyak tujuh peratus. Ini adalah belanjawan expansionary dan pada pendapat saya adalah tepat dan baik kerana kemungkinan besar ekonomi sedunia akan mengalami recession yang serius tahun depan.

Soalan saya kepada Menteri sekiranya global financial crisis melanda tahun hadapan, adakah kita mempunyai dana secukupnya untuk mempertahankan ekonomi kita. Soalan susulan yang lebih penting adakah dana secukupnya akan digunakan untuk perbelanjaan sosial iaitu kepada rakyat atau kepada perbelanjaan menolong korporat dan golongan orang kaya?

Saya harap kerajaan akan menyediakan dana sosial dan bukannya dana korporat. Tuan Yang di-Pertua, saya berumur 50 tahun so I know dan masih ingat jelas sekali Asian Financial Crisis masa itu saya umur 20 tahun lebihlah, 26 tahun, 27 tahun. Melanda kita pada tahun 1997 ke 1998, habis duit semua orang [Ketawa]. Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingat beratus ribu hilang pekerjaan tapi golongan kaya sahaja yang ditolong. Walaupun harta mereka, harta berbilion-bilion mereka merosot 30 peratus semua yang kaya pergi ke London hidup dalam apartment mewah mereka untuk recuperate from financial stress. Saya sebagai peguam kena pergi jumpa mereka di London. Distressed asset mereka dibeli oleh Danaharta dan selepas itu berapa tahun, kebanyakan golongan kaya ini beli balik aset mereka dengan harga yang murah.

Such is life Tuan Yang di-Pertua, the tycoons in Malaysia always win and the ordinary people continue to suffer low wages. Dengan izin, Pakatan Harapan must do a lot better than Barisan Nasional on this matter. Oleh demikian saya berharap, kalau benar kita berhadapan dengan global financial crisis, Pakatan Harapan akan mementingkan rakyat dan bukannya korporat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua tentang perbelanjaan, sebagai ahli PAC saya ingin membuat satu teguran yang cukup serius tentang isu procurement of supplies and services. Mengenai procurement of supplies and services, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan satu data anomaly yang cukup membimbangkan saya. Saya telah membuat bandingan di antara Yang Berhormat Pekan, pentadbiran YB Pekan pada tahun 2017 dengan Belanjawan 2020 Pakatan Harapan. Pada tahun 2017, Kerajaan BN mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam dengan perbelanjaan supplies and services sebanyak RM34.7 bilion. Ini bermakna Kerajaan Yang Berhormat Pekan pada masa itu membelanjakan pada puratanya sebanyak RM21,700 of supplies and services bagi setiap penjawat awam.

Kita semua tahulah kes 1MDB dan terdapat berpuluh-puluh laporan Auditor General tentang isu rasuah, ketirisan pada zaman pentadbiran yang lalu tetapi apabila saya melihat angka Pakatan Harapan bagi supplies and services saya rasa memang bimbang. Dengan seramai 1.4 juta penjawat awam sekarang, saya difahami banyak ditukar menjadi pekerja kontrak, supplies and services bagi tahun 2020 akan meningkat ke RM38.5 bilion. Ini adalah lebih tinggi daripada zaman pentadbiran Yang Berhormat Pekan iaitu pada kadar RM27,500 of supplies and services per civil servant. Oleh itu, saya minta penjelasan terperinci mengenai perkara ini, kalau tidak saya takutlah, saya dalam PAC dengan rakan-rakan saya akan bersidang sampai 100 hari tahun hadapan untuk membuat prosiding rasuah dan ketirisan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih ke isu development expenditure, setiap belanjawan sama ada Barisan Nasional ataupun sekarang, Menteri-menteri akan memberi pandangan bahawa program mereka adalah terbaik untuk rakyat. Dahulu cakap tentang Blue Ocean Strategy, sekarang kita cakap tentang Digitization dan Industrial Revolution 4.0. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam pendapat saya ini ialah semua ini adalah satu fallacy ataupun magic show. Dana sebanyak RM54 bilion untuk development expenditure adalah hanya 0.4 percent of the GDP. Can a spending of 0.4 percent have a tremendous impact to grow the economy? This is a fundamental question. Jikalau tidak, then let’s not pretend that this budget is a silver bullet to all our economic problems today. Dengan izin, the silver bullet is not found in the budget, the silver bullet is the political will needed to reform the broken system of government. Khususnya kita perlu satu komitmen yang penuh untuk menentang rasuah seperti apa yang kawan baik saya tadi sudah cakap itu.

Rasuah mempunyai pelbagai bentuk, seperti nepotism, negotiated tender, variation orders, lopsided concession, suka tidak suka rasuah adalah sejenis human condition. Mana Ahli Parlimen di sini yang tidak sayang anaknya, mana yang tidak hendak beri anaknya satu peluang untuk berniaga, kita tahu ini semua salah, kita tahu ini merupakan satu abuse of power tetapi masih dilakukan, sebab ini adalah satu human condition.

Jadi, untuk memastikan the containment of this terrible human condition, kita perlu memastikan Ahli Parlimen dan juga parti politik diberi resources yang cukup. Kita boleh memulakan proses dasar anti rasuah ini dengan menaikkan resources kepada Ahli Parlimen untuk mengendalikan pejabat mereka. Skop peruntukan ini juga perlu dibesarkan untuk merangkumi pembiayaan political officers juga supaya ahli politik boleh berpolitik di antara mereka tanpa rasuah. Jikalau tidak Ahli Parlimen akan cari duit melalui kontrak, melalui derma khas daripada Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri di Malaysia untuk menjaga anak buah mereka.

Kedua, bayarlah political parties secara terus dari kerajaan supaya political parties tidak akan minta Ahli-ahli Parlimen, Menteri-menteri, Menteri Besar untuk cari projek dan cari dana untuk parti. Apakah kos untuk mengatasi masalah pokok ini, adakah ia akan menelan belanjawan sebanyak RM10 bilion atau RM5 bilion setahun, tidak.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat perkiraannya, bukan banyak sangat kosnya untuk menangani at least 90 percent of rasuah di Malaysia. Kita boleh mengatasi masalah rasuah ini dengan peningkatan peruntukan pejabat Ahli Parlimen ke RM800,000 setahun. Kawan-kawan kita di sebelah sana itu, UMNO, PAS, GPS sekarang ini dapat RM100,000 setahun sahaja. Kita seharusnya boleh meningkatkan dana mereka terus ke RM800,000, equal treatment for Pakatan Harapan dan juga opposition. Dan jumlah besar peningkatan dana pejabat semua Ahli Parlimen akan menelan belanjawan tambahan sebanyak RM130 juta setahun sahaja.


Kedua, perkara political financing, bagi setiap political parties saya cadangkan kerajaan bayar RM10.00 bagi setiap undi yang diterima oleh parti tersebut. Jadi pengundi PRU14 adalah seramai 12.3 juta orang, kali RM10.00 maka belanjawan penuh political parties finance adalah cuma RM123 juta setahun. Pendek kata, kalau kita campur semua ini, pelaburan tambahan adalah cuma sebanyak RM250 juta setahun. Dengan ini, kita boleh menghapuskan 90 peratus of the human condition of corruption. Dengan proses yang sama, kerajaan bakal menjimatkan RM10 hingga RM20 bilion rasuah dan ketirisan dana kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, we have established that the budget is not the big solution to our biggest problem. Selain juga membanteras rasuah, systemic reform untuk Parlimen adalah juga tersangat penting. Parlimen memerlukan its own financial resources and powers to hire its own officer. Dengan adanya kemerdekaan Parlimen, maka kemerdekaan rakyat dan demokrasi akan turut berkembang. Bukankah ini hasrat utama Pakatan Harapan? An independent Parliament memerlukan bajet yang lebih besar dan saya sudah membuat perkiraannya. Cuma RM50 juta setahun untuk menjadikan Parlimen Malaysia lebih aktif seperti yang diamalkan di United Kingdom sekarang.

Oleh demikian, saya harap pada tahun 2021, belanjawan Parlimen mencecah sebanyak RM200 juta daripada allocation RM145 juta bagi tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya akan gulung sebab half a minute left. Saya harap kerajaan boleh menerima pandangan dan teguran saya seperti kerajaan dahululah. Mereka tahu saya criticize kuat, tetapi dia kata constructive. So, I hope you can accept, the minister boleh terima. Jikalau tidak happy itu, please have a coffee with me. Jangan complaint pada Yang Berhormat Port Dickson, tidak guna sebab Yang Berhormat Port Dickson selalu beritahu you continue to speak the truth. Saya harap bagi Belanjawan 2021 Kerajaan Pakatan Harapan akan incorporate cadangan- cadangan yang telah saya kemukakan. Ini bukannya cadangan-cadangan baru, memang termaktub dalam manifesto kita dan juga termaktub dalam bajet-bajet alternatif dahulu yang Rafizi Ramli dan saya pernah tulis.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua Terima kasih. Saya menyokong Belanjawan 2020 ini.

bottom of page