Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2019 ini. Ini merupakan belanjawan yang penting dan historic kerana ia merupakan belanjawan pertama Pakatan Harapan. Kebiasaannya ucapan belanjawan saya bertujuan untuk pukullah Kerajaan Barisan Nasional, sekarang saya kena defence pula Pakatan Harapan. How fast the tables have turned.
Akan tetapi saya juga mendapati beberapa isu yang perlu dibangkitkan dan dijelaskan oleh kerajaan saya sendiri. Rakan-rakan baik saya yang pernah lihat cara saya bahas akan tahu saya tidak ada fear or favor dalam perbahasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan defence of the Pakatan Harapan budget. Saya memerhatikan bahawa defisit walaupun 3.4 peratus KDNK adalah satu projection yang realistik di dalam konteks kami menghadapi hutang negara dan contingent liability yang tersangat tinggi sampai RM1 trilion. Walaupun Belanjawan 2019 mencecah RM317 bilion selepas ditolak tunggakan bayaran balik cukai sebanyak RM37 bilion baki belanjawan ini adalah sebenarnya RM280 bilion untuk operasi dan pembangunan.
Ini merupakan belanjawan yang kecil sedikit iaitu sebanyak RM2 bilion berbanding dengan Belanjawan 2018. Walaupun belanjawan ini nampaknya expansionary, dari segi operasi dan pembangunan ia lebih austere daripada tahun 2018.
Tuan Yang di-Pertua, a good target yang kita perlu highlight adalah Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk mengurangkan RM12.6 bilion daripada operating expenditure. Ini menunjukkan satu komitmen untuk mengurangkan rasuah dan ketirisan di dalam sistem procurement dan grants. Ini juga memberi kerajaan satu operational efficiency target untuk tahun depan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi kredit kepada Yang Berhormat Bagan kerana ucapan dia distruktur dengan baik mengikut tiga fokus utama. Oleh kerana terdapat banyak cabaran kewangan kita perlu memberi ruang dan sokongan penuh kepada Yang Berhormat Bagan untuk mengendalikan kewangan negara.
Saya juga menyokong pandangan beliau yang cukup forward looking seperti komen terbaru beliau untuk melaksanakan sistem unexplained wealth orders (UWO) yang membanteras rasuah seperti yang dilakukan di United Kingdom. Dalam perkara ini saya minta Yang Berhormat Bagan kongsikan pendapat lanjut beliau tentang UWO. Saya juga minta Yang Berhormat Bagan untuk mempercepatkan satu task force untuk mengamalkan UWO secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, saya pulang kepada fokus utama belanjawan ini. Fokus pertama untuk melaksanakan reformasi institusi ialah apa yang kita janjikan pada rakyat dan fokus pertama ini merupakan fokus terpenting bagi negara kita supaya kita boleh mengamalkan sistem baharu, transparent, accountable tanpa wastage dan corruption. Saya memang menyokong hasrat kerajaan untuk mereformasikan secara fiskal reporting dia. Saya bukan akauntan tetapi saya tahulah sedikit sebanyak tentang zero-based accounting. Apa yang saya faham ialah ia akan mengambil pendekatan di mana setiap item perbelanjaan perlu dinilai dan diluluskan setiap tahun on its own merits. Item belanjawan ini tidak akan secara automatik diluluskan berdasarkan ia terwujud dalam belanjawan terdahulu. Reporting system ini adalah jauh lebih accountable dari yang dahulu. Akan tetapi saya juga ada satu soalan dan observation, kenapakah kerajaan tidak mempercepatkan sistem accrual accounting tetapi hanya melaksanakannya pada tahun 2021. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk mempercepatkan the adoption of accrual accounting kalau boleh untuk belanjawan 2020.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai fokus kedua iaitu kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia. Saya mendapati program Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah lebih berfokus daripada program BR1M yang dahulu. Program BR1M dahulu terdapat banyak isu implementasi di mana kadang-kadang satu isi keluarga boleh menerima dua hingga tiga BR1M. BR1M memang menjadi satu bahan politik semasa Kerajaan Barisan Nasional. Sekarang kita pula jadi kerajaan, janganlah kita pula mempolitikkan Bantuan Sara Hidup dengan izin, welfare support is a duty of Members of Parliament, not a political opportunity for politicians.
Saya juga ingin memberi pandangan bahawa cash handout adalah program yang diguna di banyak negara tetapi semestinya ada syarat. The cash handout should be conditional di mana penerima perlu memenuhi syarat untuk menerima bantuan. Contohnya, memastikan anak kita pergi ke sekolah atau memastikan kita cuba mencari pekerjaan. Oleh itu, saya minta kerajaan untuk memberi penjelasan, apakah conditional terms yang boleh diguna pakai untuk program BSH.
Akan tetapi pada keseluruhannya, saya perhatikan dana BSH ini kekurangan sebanyak RM1 bilion berbanding dengan BR1M. Maknanya, Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat pada tahun depan untuk melaksanakan pemberian bantuan wang ini lebih tersasar dan pada masa yang sama, berjimat sebanyak RM1 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, tentang penjimatan RM1 bilion di bawah program BSH ini, saya cadangkan RM1 bilion ini diberi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya ia boleh digunakan untuk pemberian kebajikan kepada golongan asnaf. Bagi tahun 2019, saya perhatikan bahawa pemberian kepada golongan miskin adalah RM1.7 bilion allocation dia. Sekiranya, ditambah RM1 bilion dari penjimatan BSH ini, kita boleh naikkan bayaran bulanan daripada RM300 ke RM480 sebulan. Oleh itu, saya harap tahun depan apa-apa penjimatan daripada kategori fiskal perbelanjaan sosial boleh disalurkan kepada bayaran kebajikan yang sangat diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi pesanan kepada kerajaan saya mengenai isu social economic justice, khasnya gaji minimum. Walaupun kewangan kita terdesak, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai satu tanggungjawab terhadap golongan pekerja yang termiskin di Malaysia. Tadi saya sokong BSH, tetapi tentang isu gaji minimum, saya kurang berpuas hati. Manifesto kita janji RM1,500 dilaksanakan dalam masa lima tahun. Sekiranya gaji minimum mencapai RM1,500 sebulan, ibu dan bapa kedua-duanya bekerja, maka keluarga yang paling miskin di Malaysia akan mendapat pendapatan kasar sebanyak RM3,000 sebulan untuk menjaga kebajikan keluarga mereka.
Kita tahu bahawa majoriti golongan termiskin adalah daripada kaum bumiputera dan juga kaum India. Sekiranya, purata saiz keluarga kaum bumiputera dan kaum India adalah lima orang, kita boleh kira sara hidup setiap anggota keluarga. Ia adalah RM20 sehari sahaja ataupun RM600 sebulan seorang. Saya percaya tidak ada seorang Ahli Parlimen yang boleh hidup dengan kos RM20 sehari. Jadi nasihat saya kepada majikan yang kaya raya, millionaires dan billionaires, janganlah anggap gaji minimum RM1,500 ini sebagai sesuatu yang excessive. Tuan Yang di-Pertua, kemenangan kita pada PRU-14 bukannya bermakna kerja reformasi kita sudah habis. Ini adalah cuma permulaan. Selagi terdapat golongan pekerja termiskin di Malaysia, kita mesti berterusan. Isu gaji minimum ini boleh diselesaikan dengan baik. Manifesto kita cadangkan satu co-pay system di mana kerajaan bayar 50 peratus dan majikan bayar 50 peratus. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam proposal untuk naik RM100 ini, adakah kita akan bayar sebagai kerajaan RM50 dan majikan akan bayar RM50 atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu orang miskin dan bila saya berjumpa dengan anak- anak guam saya yang dahulu. Dahulu saya peguam korporat, banyak anak guam saya orang kaya. Mereka memberi opinion bahawa seseorang itu jadi miskin kerana mereka malas. Mereka miskin kerana tidak mahu bekerja dan malas belajar. Tuan Yang di-Pertua, pendapat ini adalah salah dan adalah daripada pemikiran salah orang kaya-raya ini. Saya memang maklum bahawa saya anak peniaga juga.
Akan tetapi selepas lima tahun sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya pada penggal lalu bersama dengan golongan miskin Desa Mentari dan Desa Ria, pendapat saya cukup berubah. Sekarang saya mengajar semua pelatih intern saya tentang poor economics. Majoriti golongan miskin bukannya malas. Majoriti bukan malas ya, ada minoriti yang malaslah seperti manusia biasa. Kesemua golongan miskin adalah golongan yang terdesak. Apabila mereka menghadapi desakan hidup, mereka tidak boleh berfungsi secara produktif dan tidak boleh mencapai potensi penuh mereka.
Maka, solutionnya bukannya menyuruh mereka untuk bekerja lebih kuat, take a second or third job. Solusi sebenarnya adalah pembayaran gaji yang bertepatan apa yang kita panggil dengan izin, a living wage. Saya hendak berterima kasih pada Yang Berhormat Bagan kerana di dalam dokumen belanjawan, konsep living wage ini dinaikkan sebagai satu agenda Pakatan Harapan. Living wage boleh memberi sedikit kelonggaran kepada hidup pekerja termiskin kita yang susah sengsara ini. Apabila bayaran gaji boleh menghapuskan isu desakan hidup, mereka secara automatiknya akan menjadi lebih produktif.
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya tekan isu ini dengan golongan kaya dan elit, mereka bersetuju kenaikan gaji perlu dilakukan walaupun mereka tidak mahu bayarlah. This is typical of rich people, they don’t want to pay extra. Saya beritahu mereka, sekiranya kerajaan baharu ini tidak korup, the cost of doing business akan menurun dan secara prinsipnya, apa-apa penjimatan daripada zero corruption boleh disalurkan untuk menaikkan gaji minimum. Dengan izin, the business community is ready to increase minimum wage provided that we in Pakatan Harapan can bring down the cost of doing business by eliminating corruption.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang controversial iaitu isu bayaran refund RM19 bilion untuk GST dan RM18 bilion untuk income tax. Saya faham bahawa refund adalah wajib dibayar dan dibayar segera sebab ini adalah isu cash flow kepada syarikat- syarikat dan juga individu-individu. Akan tetapi, adakah semua refund RM37 bilion ini telah disahkan dan perlu dibayar untuk tahun depan, 2019? Tentang GST refund, ini perlu dipercepatkan sebab GST tidak lagi diamalkan, tetapi saya juga faham terdapat banyak permintaan refund GST yang tidak benar, berdasarkan penipuan ataupun kesilapan. Saya minta Yang Berhormat Bagan beritahu Dewan, sama ada semua refund GST sebanyak RM19 bilion ini perlu dibayar penuh ataupun angka tersebut mungkin lebih rendah daripada bajet RM19 bilion yang dijangkakan.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan tentang refund income tax adalah lebih rumit. Mengenai pembayaran refund income tax, saya tertanya sama ada RM18 bilion ini adalah bayaran refund yang luar biasa atau tidak? Ini kerana pada amnya, bila kerajaan membuat perkiraan hasil daripada income tax, ia akan membuat perkiraan gross income tax tolak refund untuk mendapat projected net income tax. Adakah RM18 bilion ini satu refund yang luar jangkaan? Ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga saya minta daripada Yang Berhormat Bagan untuk memberi satu full disclosure, satu senarai top 30 companies receiving the highest income tax refunds or corporate tax refunds dan juga senarai top 30 individuals yang menerima the highest personal income tax refunds. Isu tentang refund ini sangat penting kerana sebahagian besar dividen sebanyak RM54 bilion Petronas akan digunakan untuk bayaran balik. Tuan Yang di-Pertua, saya faham dividen Petronas bagi Belanjawan 2019 dipisahkan kepada dua kategori. Satu ialah dividen biasa sebanyak RM24 bilion, dan satu special dividen sebanyak RM30 bilion. Petronas adalah khazanah negara dan hasilnya perlu disimpan untuk generasi yang akan datang. Saya faham bahawa Yang Berhormat Bagan sangat marah dan juga frustrated kerana kerajaan lama telah memberi masalah. Dia telah mewarisi masalah-masalah kewangan sekarang. Akan tetapi, Parlimen perlu mendapat satu jaminan bahawa bayaran special dividen ini tidak boleh di repeat tahun depan. Apabila kita lihat isu tentang Petronas bayaran dividen ini, kita kena tanya tiga, empat soalan yang penting.
Pertama, apakah impaknya kepada projected cash reserve Petronas tahun hadapan? Kita tahu pada tahun 2017, the latest financial accounts of Petronas adalah Petronas cash reserve adalah RM128 bilion dan profit after tax Petronas adalah RM46 bilion untuk tahun 2017. Adakah wajar kita pakai 36 peratus cash reserve Petronas tahun 2017 untuk bayaran special dividen ini? Perkara ini merunsingkan saya sebab kita semua faham bahawa negara kita kemungkinan besar tahun hadapan akan tersepit daripada trade war di antara Amerika Syarikat dan China. If we use all of our money now, the financial power now of RM54 billion, we may run out of financial bullets when the crisis really hits.
Perkara ketiga adalah kegunaan projected rate USD60 sampai USD70 per barrel untuk Belanjawan 2019. Pasaran minyak ini memang susah diramal. Ia turun naik. Pada Oktober sekarang sudah turun 20 peratus. Jadi apa yang kita tahu ialah extreme volatility akan berterusan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan, sama ada kerajaan ada kontingensi pelan sekiranya harga minyak turun dan sekiranya harga minyak naik, satu komitmen untuk menjimatkan hasil lebihan ini.
Perkara keempat ialah mengenai Petronas, janji kita di manifesto untuk mengalih kuasa Perdana Menteri kepada Parlimen untuk semua perkara tentang pentadbiran dan juga kewangan Petronas. Bilakah kerajaan akan menggubal Petroleum Development Act ini dan memberi kuasa mutlak balik kepada Parlimen? Kerajaan kita kena faham bahawa Petronas ini adalah kepunyaan rakyat dan oleh itu sebaiknya dipantau oleh Ahli-ahli Parlimen untuk kebaikan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, tentang isu tidak cukup dana ini, saya lihat bahawa Petronas kita kena tab untuk tahun hadapan. Saya hendak kongsikan, kalau kita tidak cukup duit, kita boleh cari dana daripada tempat lain. Ini saya hendak propose kita ubahsuaikan sistem Approved Permit (AP) yang dulunya diberi kepada kroni-kroni. Saya percaya kalau kita amalkan sistem tender terbuka untuk AP, kita boleh menambah hasil negara sebanyak RM2 bilion ke RM4 bilion. Ini saya minta Yang Berhormat Bagan memberi pandangan beliau tentang cadangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, hamba membesar di Kelantan. Ada orang-orang Kelantan sini juga betul dok? [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya duduk lama di Kuala Lumpur. Akan tetapi, kampung saya tetap Kota Bharu. Yang Berhormat Bagan adalah kawan baik saya. Kita bekerjasama untuk Pakatan Harapan. Akan tetapi, Kelantan adalah kampung saya. Yang di-Pertuan Agong sekarang pun Raja Kelantan. Jadi saya minta kawan-kawan saya dari sebelah sana dan sebelah sini boleh lah kita stop berbalah. Jangan balah, cakap baik-baik. Saya hendak seru Kerajaan Pakatan Harapan saya perlu memberi dana untuk membayar gaji dan operasi Kerajaan Kelantan. Kerajaan pusat boleh meminta supaya wang yang disalurkan kepada kerajaan Kelantan dipantau dengan baik dan mekanisme untuk memastikan ia tidak disalahgunakan untuk perbelanjaan yang tidak penting. Dengan izin, the Federal Government by extending loans can ask in return that the Kelantan Government provide greater financial transparency and accountability.
Sebab, Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan Kelantan tidak ada dana yang cukup untuk operasi, ia akan terdesak dan lepas itu Kerajaan Kelantan akan jual tanah, jual lombong, jual balak, potong kebajikan rakyat orang Kelantan. Ini akan memudaratkan alam sekitar dan juga kebajikan rakyat Kelantan.
Baik, saya mengakhiri ucapan saya dengan tahniah kepada Yang Berhormat Bagan kerana memberi satu ucapan yang sangat teratur. This is a well-structured budget speech. Easy to read and easy to comprehend.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, Parlimen perlu berubah. Kita perlukan Parlimen yang sovereign, bukan Parlimen yang masih bertindak sebagai satu rubber stamp. Dengan izin, Parliament must regain its sovereignty. This Parliament needs to urgently form permanent standing committees, so that the next Budget 2020, the committees can provide input to shape the budget to reflect the multitude of views of the members of Parliament.
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan 2019 ini dan menyeru Ahli Parlimen baik daripada sini ataupun sana untuk bersama kita menyokongnya. Sekian, terima kasih.