top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2020


  1. Terima kasih Datuk Yang Di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020.

  2. Dalam perkara Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020, saya melihat tertimbul dua perkara.

  3. Pertama sekali adalah kuasa pegawai kastam disamakan dengan kuasa polis untuk melalukan penangkapan dan diberikan pangkat Koperal.

  4. Saya nak tanya soalan yang senang. Apakah tujuan di sebalik rang undang- undang ini? Untuk meningkatkan kuasa ini?

  5. Adakah kes penyeludupan meningkat baru-baru ini? Adakah pegawai kastam akan menerima latihan semacam polis? Adakah mereka akan membawa senjata? Adakah mereka akan diberikan insurans dan perlindungan yang secukupnya sekiranya mereka tertembak? Ataupun tercedera dalam suatu serbuan penangkapan?

  6. Ini semuanya soalan asas. Kita boleh meluluskan rang undang-undang. Akan tetap, kerja untuk melaksanakan undang-undang ini perlu dikaji secara teliti dan dilakukan dengan baik, demi keselamatan pegawai-pegawai kastam.

  7. Kedua, saya mengulangi soalan saya, adakah kes penyeludupan telah meningkat secara mendadak dalam dua tiga tahun ini? Tolong memberikan data kes penyeludupan.

  8. Tidakkah pihak polis sedang bekerjasama dengan pihak kastam sekarang? Pihak polis maritim tidak buat kerjakah? Pegawai kawalan sempadan tak buat kerjakah? Tolong menjelaskan asas untuk rang undang-undang ini.

  9. Kalau pihak polis terlalu banyak kerja, kalau polis maritim terlalu banyak kerja, kalau polis sempadan terlalu banyak kerja, kita boleh sokong rang undang- undang ini. Kalau mereka sudah berkesan, mengapakah kita mahu membahayakan pegawai-pegawai kastam, dengan menyebabkan mereka masuk ke dalam keadaan yang berisiko tinggi, yang mungkin akan mencederakan mereka?

  10. Maka, saya memohon Menteri untuk memberikan penjelasan yang penuh.

bottom of page