top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan Yang Berhormat Tuan Wong Chen: Rang Undang-Undang Kewangan 2021

1. Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang Undang ini. Terlebih dahulu, saya ingin meminta sedikit kelonggaran daripada Speaker untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam beberapa perenggan ucapan saya yang lebih teknikal supaya ucapan saya mudah difahami. Harap Tuan Speaker setuju dan ambil maklum.


2. Tuan Speaker, saya tidak akan mengambil masa yang lama. Izinkan saya teruskan kepada isu teras. Perkara yang paling penting di dalam pindaan ini adalah mengenai penarikan dasar “foreign sources of income exemption”. Dengan penarikan pengecualian ini, kerajaan akan mengenakan cukai terhadap pendapatan asing mulai 1hb Januari 2022, iaitu tahun hadapan.


3. Adakah ini satu dasar fiskal yang baik atau tidak? Kalau baik, baik untuk siapa dan kalau tidak, tidak baik untuk siapa? Inilah soalan utama yang perlu dijawab di dalam dewan yang mulia ini sebelum undian rang undang-undang ini dilakukan nanti.


4. Dari segi fiskal, dasar ini nampaknya baik untuk kerajaan, kerana mengikut perkiraan Kementerian Kewangan, kerajaan bakal menerima cukai sebanyak RM1.2 billion bagi tahun 2022.


5. Saya ingin tahu, apakah formula dan perkiraan terperinci untuk mendapat angka RM1.2 billion ini? Apakah tax rate yang dipakai dan apakah kuantum pendapatan asing yang diramal akan pulang ke Malaysia tahun depan? Adakah ia menggunakan kadar cukai biasa iaitu 24% dan kuantum sebanyak RM5 billion tahun depan untuk mendapat RM1.2 billion ini?


6. Saya juga difahamkan bahawa LHDN berhasrat mengenakan cukai 3% ke atas kesemua wang pendapatan asing yang dibawa pulang ke Malaysia bagi tempoh 6 bulan pertama tahun 2022. Ini nampaknya adalah satu program tax amnesty yang berdasarkan good faith di mana LHDN memberi jaminan tidak akan membuat apa-apa siasatan lanjutan. Adakah tax amnesty ini satu keperluan, atau adakah ini satu peluang keemasan bagi yang kaya raya membawa balik wang-wang asing ke Malaysia. Untuk apa? Tujuan nak beli aset dan tanah kerajaan? Nak sokong pilihanraya?


7. Kita sudah tahu tax rate adalah pada kadar 3%, jadi apakah ramalan kuantum wang tax amnesty yang akan pulang dalam tempoh 6 bulan melalui program amnesty ini? Soalannya, berapakah penerimaan cukai yang kerajaan bakal menerima melalui program ini? Adakah penerimaan cukai ini sudah diambil kira sebagai sebahagian angka besar RM1.2 billion cukai bagi tahun 2022?


8. Tuan Speaker, menteri perlu memberikan jawapan yang jelas dalam perkara ini. Tidak dinafikan, negara kita memang memerlukan dana RM1.2 billion ini, tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira impak negatif dasar ini. Syarikat dan individu akan cenderung untuk mengurangkan pemulangan wang asing akibat cukai ini. Pada zaman pandemik ini, kita memerlukan pemulangan wang asing sepenuhnya supaya negara boleh menerima pelaburan penuh untuk mengembangkan ekonomi.


9. Apakah surutan kuantum pemulangan wang asing sekiranya dasar ini dilaksanakan? Saya difahamkan bahawa pada puratanya, syarikat dan individu membawa pulang wang asing sebanyak RM28 billion setahun semasa pengecualian ini diguna pakai.


10. Saya juga nak tahu, apakah ramalan kerajaan sekiranya dasar baru ini dilakukan tahun depan, apakah pulangan wang ini akan surut RM10 billion setahun atau surut lebih teruk ke RM20 billion setahun? Walaupun kuantum surutan RM10 ke 20 billion adalah tidak banyak dalam konteks KDNK, tetapi ini akan memberikan impak sedikit sebanyak kepada money supply dan juga kepada Ringgit exchange rate.


11. Tuan Speaker, apa yang kita semua benar-benar perlukan dari menteri adalah pendedahan cost benefit analysis of this new tax policy. Oleh yang demikian, menteri please disclose fully your numbers and assumptions. Kalau semua angka-angka adalah munasabah dan jelas menunjukkan ia tidak akan menjejaskan ekonomi negara, saya boleh terima pindaan ini.


12. Saya juga telah mengambil kira persoalan sama ada dasar baru ini akan menyekat pelaburan baru di Malaysia. Dengan izin, I am aware of the arguments that this new policy may scare off investors settling in Malaysia as an investment hub. Saya rasa argument ini ada sedikit merit tetapi saya sendiri sebagai seorang pelabur, percaya dasar baru ini adalah hanya satu faktor negatif yang cukup kecil.


13. Tuan Speaker, the truth is, investors invest or not invest in a country for many, many reasons. This new tax is only a small negative component. The bigger positive component is the fact that despite our dysfunctional political economy, investors are happy that we do not have capital gains tax on shares. Conversely, we also have to acknowledge that even with this tax exemption intact, Malaysia continues to see consistent capital outflow. This is the paradox we face, and when an economic paradox happens, it usually means the elites are winning on matters of taxation and the poor are losing.


14. Tuan Speaker, walaupun saya dulu seorang peguam korporat, I am not a neo-liberal holier than thou prosperity preacher. Bapa saya adalah seorang peniaga, tetapi emak saya memang berjiwa sosialis. YB Port Dickson kerap bergurau mengatakan setelah saya memasuki Keadilan, saya telah menjadi lebih pro-rakyat dan tidak lagi pro-bisnes. Ini tidaklah benar. Saya adalah seorang technocrat progressive left sebelum masuk Keadilan, bezanya adalah saya memahami dan hidup di dunia perniagaan dan bukan akademia. Dalam dunia yang menghadapi masalah kesaksamaan yang tersangat ketara, saya percaya kaedah Keynesian economics perlu diangkat dan dijunjung semula.


15. Tuan Speaker, sebagai seorang technocrat progressive left, saya percaya bahawa campur tangan kerajaan adalah sangat penting jika kita benar-benar serius dalam memerangi ketidaksamaan besar-besaran. Taxation if used properly and done in fairness, can be an effective tool to address inequality.


16. Dewan yang mulia ini tidak sepatutnya digunakan sebagai satu platform untuk menjaga kepentingan golongan elit dan syarikat kaya raya untuk mengurangkan cukai mereka. Tetapi Tuan Speaker, dalam perkara ini, ada caveat, iaitu wang cukai ini perlu diguna secara jujur dan berhemat. Dewan yang mulia ini sepatutnya menjadi satu mesyuarat untuk mencari keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.

Itu sahaja ucapan pendek saya.


Tuan Speaker, saya akan menunggu jawapan dan cost benefit analysis menteri sebelum membuat keputusan untuk menyokong atau menolak pindaan ini.

bottom of page