In the recent speech video, you might have noticed that YB Wong Chen couldn't complete his speech for the budget debate today.
Here are a few points that he left out while delivering his speech:
On eliminating corruption, he hopes the leakages that occur in diesel subsidies could be overcome by implementing targeted subsidy.
On eliminating poverty, YB Wong Chen supports the Finance Minister's plan to eradicate extreme poverty for 130,000 Malaysians by the end of this year.
On fiscal responsibility, YB Wong Chen asks where the 1MDB debt has been parked under, Opex or Devex.
1. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2023.
2. YAB Menteri Kewangan telah menyampaikan satu ucapan belanjawan yang bukan sahaja memberi satu senarai goodies tetapi yang lebih penting, berani memberi gambaran jujur berdasarkan fakta bahawa kerajaan baru telah mewarisi hutang negara yang besar dan prestasi tadbir urus yang sangat tidak memuaskan.
3. Angka-angka rasuah dan ketirisan, dari subsidi diesel, dari projek tebatan banjir, dari Jana Wibawa yang didedahkan secara berterus terang oleh YAB Menteri Kewangan adalah tersangat penting. Untuk Malaysia maju ke hadapan dan mula mengatasi masalah rasuah dan ketirisan, kita perlu mengakui kekurangan kita terlebih dahulu.
4. Selama lebih dua bulan saya dan ramai backbenchers Pakatan Harapan menanti-nantikan hala tuju dasar menentang rasuah dari kerajaan perpaduan ini, oleh demikian, dengan izin, I was pleasantly surprised that it came in the form of a budget speech.
5. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun, your budget speech has given all reformists, renewed hope that the reformasi agenda is still alive.
6. Tuan Speaker, saya ingin meminta ia direkodkan secara rasmi di Hansard, bahawa saya tidak mempunyai apa-apa peranan atau memberi apa-apa input dalam belanjawan ini. Ini penting, kerana sejak hari Jumaat lalu ramai penganalisis-penganalisis bank dan pakar-pakar ekonomi meminta saya menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan belanjawan ini. Penat saya menjawab, saya tak tahu.
7. Seperti penganalisis yang lain, saya juga mempunyai beberapa soalan kepada YAB Menteri Kewangan untuk dijawabkan dalam dewan yang mulia ini. Yang pertama adalah berkaitan isu makro, iaitu disiplin fiskal.
8. Saya faham bahawa proses merangka belanjawan selalunya bermula pada bulan Mac setiap tahun dan ia mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh bulan perundingan supaya ia dapat sedia dibentangkan pada bulan Oktober. Baru-baru ini, Parlimen dibubarkan selepas sahaja Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober 2022.
9. Oleh itu, ada kemungkinan pentadbiran YAB Menteri Kewangan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merombak dan membuat satu belanjawan yang lebih sesuai untuk tahun 2023. Oleh itu kebanyakkan komponen Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh kerajaan dahulu masih ada dalam belanjawan ini.
10. Oleh demikian, dari aspek disiplin fiskal, jumlah besar perbelanjaan RM388 billion ini agak berisiko.
11. Oleh itu, saya ingin meminta YAB Menteri Kewangan mengambil masa 6 ke 7 bulan yang akan datang ini untuk merangka dengan lebih baik dan mengawal Devex untuk Belanjawan 2024 pada bulan Oktober yang akan datang. Devex ini perlu dikawal kepada suatu angka yang lebih munasabah kerana Devex ini datangnya daripada terbitan bon, yang akan menambah hutang negara.
12. Jika kita terus menerbitkan bon RM99 billion setiap tahun, hutang negara hanya akan menjadi lebih besar setiap tahun. Walaupun pada kesuluruhannya kerajaan menjangka penurunan defisit ke 5% KDNK tahun ini berbanding dengan 5.6% KDNK bagi tahun 2022, dengan izin, in real money terms, RM99 billion in Devex is still a lot.
13. Mengenai perkara ini, saya gembira mengambil perhatian bahawa YAB Menteri Kewangan akan membentangkan satu Fiscal Responsibility Act. Saya harap ia akan diluluskan secepat mungkin dan boleh digunakan segera sebelum Belanjawan 2024. Hal ini penting supaya kita semua boleh mengambil bahagian dalam usaha menyelesaikan masalah hutang negara.
14. Tuan Speaker, sekarang saya beralih kepada isu kutipan cukai.
15. Saya melihat bahawa kutipan cukai pendapatan korporat adalah jauh lebih tinggi daripada tahun 2022, iaitu peningkatan 17.4% dari RM82 billion ke RM96 billion. Adakah ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang semakin baik berbanding 2022?
16. Saya meminta YAB Menteri Kewangan menjelaskan unjuran ini secepat mungkin, kerana syarikat-syarikat perlu tahu samada kadar cukai akan berubah atau tidak. Jadi penjelasan yang tepat dan cepat mengenai unjuran cukai pendapatan syarikat ini sangat diperlukan.
17. Bagi cukai pendapatan individu, saya bersetuju sepenuhnya dengan YAB Menteri Kewangan bahawa cukai pendapatan individu dinaikkan bagi golongan orang kaya, dan penurunan cukai 2% bagi golongan middle class.
18. Bagi saya, walaupun impak kepada pendapatan kerajaan cuma naik dari RM33.8 billion tahun 2022 ke unjuran RM35.3 billion tahun ini akibat kadar-kadar baru ini, secara prinsip ianya perlu dilakukan demi menghantar mesej bahawa kerajaan ini adalah satu kerajaan yang mementingkan percukaian progresif dan adil, bahawa golongan kaya harus bayar lebih daripada golongan miskin yang susah dan golongan middle class.
19. Walaupun YAB Menteri Kewangan selalu bergurau dengan saya bahawa saya adalah seorang kapitalis, persepsi itu tidak benar. Saya menyokong konsep percukaian progresif dan secara khususnya, saya telah memperjuangkan isu capital gains tax untuk saham sejak saya menjadi ahli KEADILAN pada tahun 2009.
20. Walaupun memang ramai pemimpin yang lebih senior di Pakatan Harapan menentang the introduction of capital gains tax for shares, I am absolutely not one of them, I am not a capitalist but a progressive centrist.
21. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya kepada YAB Menteri Kewangan yang telah berani memutuskan perlaksanakan cukai keuntungan modal ini mulai tahun 2024.
22. Tetapi Tuan Speaker, saya juga perlu minta penjelasan dari YAB Menteri Kewangan. Kenapakah cukai ini dikenakan kepada syarikat sendirian berhad dan bukan kepada syarikat berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Keputusan ini kurang logiknya, kerana kerja penilaian cukai modal bagi syarikat sendirian berhad adalah jauh lebih rumit dan pendapatan jauh lebih kecil dari jual beli saham syarikat-syarikat berhad. Saya minta penjelasan YAB Menteri Kewangan.
23. Kedua-dua reformasi cukai progresif ini penting untuk kita mewujudkan kesaksamaan yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia.
24. Walaupun rakan-rakan saya yang upper middle class dan golongan kaya mungkin tidak bersetuju dengan saya, tapi saya percaya mereka akan menghargai dasar ini apabila jurang ketidaksamaan berkurang dan mereka mendapat manfaat kestabilan sosial politik yang lebih baik. Greater social equality will translate to greater economic resilience for all.
25. Walaupun dengan percukaian progresif yang lebih baik ini, perkara yang lebih penting sekarang ialah kerajaan masih perlu membuktikan bahawa ia boleh dan akan menghapuskan rasuah. Kerajaan ini harus memastikan bahawa setiap satu wang cukai yang dikutip akan dibelanjakan dengan bersih and amanah.
26. Dengan itu, saya beralih ke isu seterusnya mengenai usaha pencegahan rasuah.
27. Syabas kepada YAB Menteri Kewangan kerana berjanji untuk menggubal Akta Perolehan Kerajaan dan membuat pindaan ke atas Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dalam usaha membanteras gejala rasuah.
28. Terima kasih kerana turut memberi penerangan mengenai projek Jana Wibawa dan pembatalkan projek tebatan banjir yang diluluskan secara tergesa-gesa tanpa tender terbuka.
29. Saya sukacita mendengar bahawa YAB Menteri Kewangan kini akan menggunakan kaedah tender terbuka yang boleh memberi penjimatan sebanyak RM3 bilion dari kedua-dua projek ini. Inilah berita yang orang ramai telah lama menunggu untuk dengar.
30. Tuan Speaker, berkaitan subsidi diesel pula, YAB Menteri Kewangan menyebut bahawa satu jumlah sebanyak RM10 bilion diesel hilang akibat penyeledupan dan ketirisan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana dapat mengesahkan angka ini. Yang lebih penting, kerajaan perlu cepat-cepat tangkap semua penyamun dan pihak berkuasa yang terlibat.
31. Semasa saya berada dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2019, kami telah membincangkan perkara ini secara terperinci. Namun, tiada seorang pun pegawai dari Kementerian Kewangan yang bersedia untuk mendedahkan angka-angka berhubung penyeludupan dan kerugian daripada program subsidi diesel ini. Saya mendesak dan juga mencadangkan angka saya sendiri tetapi mereka tidak boleh atau tidak berani untuk mengesahkannya.
32. Buat pertama kali dalam sejarah, seorang Menteri Kewangan Malaysia sudi mengesahkan angka kerugian ini. Jika ini kerugian yang kita alami hanya daripada subsidi diesel, saya minta supaya YAB Menteri Kewangan kongsikan dengan kami apakah kerugian daripada subsidi lain, khususnya subsidi minyak masak dan gas masak.
33. Mengenai subsidi, saya juga ambil perhatian bahawa YAB Menteri Kewangan akan membelanjakan RM64 bilion untuk subsidi tahun ini. Ini adalah jumlah yang sangat tinggi tetapi saya faham kesuntukan masa kerajaan baru untuk melaksanakan dasar subsidi yang lebih bersasar. Saya harap bagi Belanjawan 2024, dasar baru targeted subsidy akan dapat dilancarkan dan beban subsidi kerajaan menurun ke tahap yang lebih mampan, demi mengatasi masalah hutang negara.
34. Saya tersentuh apabila Menteri Kewangan menyebut bahawa beliau komited untuk menghapuskan kemiskinan tegar untuk 130,000 rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya pernah melihat kemiskinan tegar yang paling teruk di Kawasan Desa Ria semasa saya menjadi Ahli Parlimen Kelana Jaya.
35. Hakikat bahawa Menteri Kewangan komited untuk mencapai pelan ini menjelang akhir tahun ini mesti bermakna beliau sangat komited tentang isu ini. Dengan izin, for too long successive governments have neglected the hardcore poor in Malaysia.
36. Tuan Speaker, saya hanya ingin tahu bagaimana YAB Menteri Kewangan berniat untuk melaksanakan agenda ini. Bagaimanakah kita sebagai ahli parlimen dapat membantu beliau dalam menjayakan agenda mulia ini?
37. Tuan Speaker, sebelum menjadi ahli parlimen, saya merupakan seorang peguam korporat yang banyak berurusan dengan golongan kaya. Saya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun berunding dan merundingkan semula kontrak dengan golongan kaya. Tidak pernah saya melihat seorang hartawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar, yang mengawal monopoli beras, sanggup berunding dan menyerahkan balik 30% dari keuntungan monopoli beras import, dalam masa yang sangat singkat.
38. Apabila YAB Menteri Kewangan mula-mula umumkan, dua bulan lalu bahawa Tan Sri Syed Mokhtar akan membayar RM60 juta kepada pesawah padi, pendapat awal saya pada ketika itu adalah bayaran itu memang tidak mencukupi.
39. Kini, dengan pengumuman bahawa akan ada pembayaran 30% ke atas keuntungan bersih import beras, ini adalah satu penambahbaikan. YAB Menteri Kewangan, you have a very bright future, if you choose to be a corporate lawyer specialising in contract renegotiations.
40. Joking aside, saya ingin minta penjelasan untuk mengetahui cara 30% keuntungan ini akan dibayar dan kepada siapa.
41. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan supaya kita memantapkan pembayaran ini dengan cara pemberian 30% saham kepada satu badan amanah untuk menjaga kebajikan pesawah padi. Pembayaran ini tidak boleh menjadi suatu perkara one-off sahaja. Saya juga mencadangkan penghapusan monopoli ini dengan membenarkan persaingan terbuka untuk sektor beras import ini, supaya pada jangka masa panjang, keselamatan makanan negara lebih terjamin.
42. Saya harap semua oligopoli dan super taikun lain, yang telah menggunakan monopoli dan menindas persaingan dalam ekonomi sekian lama, akan ikut jejak Tan Sri Syed Mokhtar dan berunding semula dengan kerajaan baru ini.
43. Dengan satu kes Bernas ini, saya berharap ini adalah merupakan detik permulaan penghapusan, the start of the end of, budaya crony capitalism yang bermula pada tahun 1980-an; 40 tahun, cukuplah.
44. Tuan Speaker, saya ada satu lagi soalan yang perlu dijawab. Iaitu berkenaan hutang 1MDB yang perlu kita bayar tahun ini. Di manakah hutang 1MDB ini diletakkan? Adakah ia di bawah pembelanjaan operasi atau pembelanjaan pembangunan? Ini adalah soalan perakaunan yang teknikal, mungkin Datuk Johan Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru, boleh tolong YAB Menteri Kewangan untuk memberi jawapan.
45. Akhir sekali, soalan bagi warga Subang yang telah menunggu selama 12 tahun.
46. Dalam bajet terakhir yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaludin telah memasukkan bajet untuk pembinaan Klinik Kesihatan USJ 1.
47. Beliau juga menghantar saya satu snapshot media sosial Kementerian Kesihatan dan kertas belanjawan untuk mengesahkan perkara itu. Namun, saya tidak nampak butiran peruntukan Klinik Kesihatan USJ 1 ini di dalam mana-mana dokumen belanjawan yang kita ada sekarang.
48. Jadi saya minta supaya YAB Menteri Kewangan dan Menteri Kesihatan dapat memberi keterangan dalam hal ini, sama ada Klinik Kesihatan USJ 1 ini akan diluluskan atau tidak dalam Belanjawan 2023.
49. Akhir sekali, terima kasih dan tahniah kepada YAB Menteri Kewangan atas belanjawan aspirasi yang akan memerangi rasuah dan membasmi kemiskinan. Semoga ia benar-benar menjadi kenyataan pada tahun ini.
50. Itu sahaja ucapan saya Tuan Speaker, sekian terima kasih.