top of page
Writer's pictureYB Wong Chen

Ucapan Yang Berhormat Tuan Wong Chen: Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022

1. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang pindaan Akta Racun ini.

2. Secara ringkasnya, pada dasarnya saya menyokong pindaan ini.

3. Untuk fahaman ringkas, ada dua perkara dalam pindaan ini. Yang pertama ialah satu langkah untuk menukar dokumen ke elektronik atau digital format dan rekod-rekod pesakit mengenai ubat yang diberi serta membenarkan penggunaan tandatangan elektronik.

4. Yang kedua ialah mengenai psychotropic drugs di mana kerajaan bercadang untuk meningkatkan denda terhadap penyalahgunaan psychotropic drugs ini.

5. Tuan Speaker, saya rasa kedua-dua perkara ini mudah diterima oleh pihak pembangkang dan juga kerajaan.

6. Namun begitu saya ingin tekankan dua perkara dasar mengenai pindaan ini.

7. Yang paling penting, saya mulakan tentang penggunaan dokumen dalam bentuk elektronik atau kerja kerja digitization. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberi pencerahan tentang siapa yang mendapat kontrak untuk proses digitization ini?

8. Adakah kontrak ini open tender? Apakah terma-terma utama kontrak ini? Pendedahan ini sangat penting kerana rakyat Malaysia berhak tahu siapa yang akan mengendalikan data peribadi mereka. Jika kontrak ini open tender, saya tiada masalah untuk menyokong.

9. Jika kita buat open tender secara tulus, pricing point dia akan mengikut pasaran. Maka tidak akan timbul isu tentang korupsi atau salah guna kuasa.

10. Sekali lagi saya minta menteri jelaskan. Beri nama syarikat dan terma-terma penting. Berapa lama kontrak syarikat tersebut? Berapa harga yang perlu ditanggung oleh kerajaan?

11. Bila kita lihat isu tentang MySejahtera, dalam dunia ini Tuan Speaker, there is no such thing as free lunch. MySejahtera cerita lain, kononnya ada free lunch.

12. Mereka kata mereka buat untuk CSR, corporate social responsibility, iaitu beri secara percuma kepada malaysia. Tetapi selepas itu, timbul isu siapakah sebenarnya yang memiliki data-data di dalam MySejahtera?

13. Menteri kata data itu dimiliki oleh kerajaan, tetapi dalam kes di mana pemegang saham MySejahtera menyaman sesama mereka di mahkamah, maka bocorlah cerita siapa sebenarnya tuan punya data ini.

14. Pemegang saham MySejahtera mengatakan bahawa pada asasnya, data MySejahtera ini bernilai ratusan juta dan mereka berhak menggunakan data tersebut untuk commercial purposes - and that is the crux of the matter.

15. On one hand, kerajaan berkata data itu dimiliki oleh kerajaan tetapi pada masa yang sama, pemegang saham MySejahtera juga berkata mereka mempunyai hak untuk memiliki atau sekurang-kurangnya menggunakan data tersebut untuk keuntungan komersial.

16. Saya mahu Menteri jawab. Adakah pemegang saham ini menipu di dalam mahkamah bahawa mereka mempunyai hak untuk memiliki dan menggunakan data tersebut?

17. Kerajaan Malaysia mungkin memiliki data tersebut tetapi adakah kerajaan membenarkan MySejahtera untuk menggunakan data tersebut?

18. The lesson we can learn in this is, again, there is no free lunch. Jadi apa-apa kontrak masa hadapan yang melibatkan data peribadi perlu dilakukan secara telus atau transparent. Jangan buat lagi macam MySejahtera.

19. Sebenarnya, kita boleh beli MySejahtera dari tuanpunya, beli dengan harga RM60 juta cukuplah. Di Singapore app TraceTogether harga cuma SGD 13.8 juta, ataupun RM43 juta.

20. MySejahtera syarikat Singapore pun, mesti kos dia lebih kurang sama dengan TraceTogether. Bagi MySejahtera untung RM20 juta cukup la. Tetapi kita tak boleh beri MySejahtera access kepada data peribadi jutaan rakyat Malaysia.

21. Tuan Speaker, seterusnya adalah mengenai psychotropic drugs.

22. Sejujurnya, saya bukan doktor atau phamacist dan tidak dapat kenal pasti ubat-ubat.

23. Dalam isu meningkatkan denda berkaitan salah guna ubat, saya menyokong sepenuhnya.

24. Saya ingin bangkitkan isu tentang Oxycodone, satu-satunya psychotropic drug. Di Amerika Syarikat, isu tentang Oxycodone sangat hangat diperkatakan, lagi-lagi tentang kes salah guna ubat tersebut.

25. Syarikat Purdue Pharma menghasilkan ubat oxycodone yang kerap digunakan, dengan jenama OxyContin. Keluarga Sackler, pemilik syarikat Purdue Pharma, telah disaman oleh 9 negeri di US.

26. Mereka telah didakwa kerana mengelirukan rakyat US tentang penggunaan OxyContin dan cara marketing OxyContin adalah terlalu agresif dan misleading. Pihak yang terbabit telah mencapai penyelesaian sejumlah 6 billion USD, this is a mega settlement.

27. Jadi di dalam Jadual 3, saya nak tanya adakah Oxycodone dan Opioid juga tersenarai? Berapa ramaikah orang Malaysia yang menggunakan ubat-ubat ini, dan adakah kita menghadapi masalah ketagihan yang sama seperti di Amerika?

28. Saya ingin tanya adakah kita menjual ubat jenama tersebut di farmasi kita atau atas jenama lain?

29. Dan jika kita mempunyai masalah ketagihan Oxycodone yang sama seperti Amerika, apakah langkah-langkah untuk kita mengatasi masalah ini atau adakah kita tiada langsung masalah berkaitan penggunaan Oxycodone ini? Harap dapat penjelasan daripada Menteri.

30. Tuan Speaker, dengan izin, I am very worried because our attitude towards prescribed medicine in Malaysia, in my opinion, is very lax - that we are prone to using more drugs than we should.

31. Kita ada kecenderungan untuk over-prescribe ubat-ubatan kita.

32. Tapi saya di sini bukan untuk bicara tentang antibiotik. Saya bangkitkan tentang Oxycodone. Are we also over-prescribing Oxycodone as a psychotropic drug?

33. Saya minta menteri memberikan pandangan sama ada Oxycodone ini satu masalah di Malaysia atau tidak. Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya.

34. Terima kasih Menteri, harap dapat jawab persoalan saya, dan saya menyokong.

bottom of page