1. Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan menyambut titah diRaja. Ucapan ini adalah ucapan saya yang pertama bagi Parlimen ke-lima belas.
2. Sebelum saya mula ucapan saya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada mantan-mantan ahli parlimen ke-14, ada yang digugurkan, ada yang tewas dalam pilihan raya baru-baru ini, khasnya kepada mereka yang telah berkhidmat dengan rajin dan jujur.
3. Tuan Speaker, di luar jangkaan semua, satu kerajaan perpaduan telah terbentuk, iaitu satu kerajaan yang dipimpini YAB Tambun, reformis unggul Malaysia, ketua dan rakan seperjuangan saya dari Parti Keadilan Rakyat. Ia juga merupakan satu kerajaan yang mempunyai majoriti dua pertiga!
4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Tambun atas kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri selepas 24 tahun mengharungi pelbagai cabaran-cabaran politik dan hidup.
Saya tidak akan lupa hari bersejarah di rumahnya di Sungai Long, bersama dengan YB Bandar Tun Razak, Tuan Speaker dan YB Selayang, semasa beliau menerima utusan perlantikan sebagai Perdana Menteri dari pegawai khas Yang di-Pertuan Agong.
5. Semasa saya mengucap taniah kepada beliau, saya meninitis air mata dengan kegembiraan. Kegembiraan yang membawa harapan reformasi yang tersangat besar, seolah-olah kesemua kerja dasar dan pengorbanan politik saya sejak 2009, selama 15 tahun, dan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan saya, banyak yang jauh lebih lama berkhidmat dalam KEADILAN, kesemuanya telah membawa kami ke detik sejarah itu.
6. Sama ada semua pengorbanan-pengorbanan tersebut berbaloi atau tidak, adalah terpulang kepada reformasi-reformasi yang kita dapat laksanakan dalam penggal ini. Dengan izin, we are at a critical watershed moment for reforms.
7. Tuan Speaker, saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Perpaduan ini mempunyai majoriti dua pertiga. Two-thirds majority adalah sebenarnya, dengan izin, a double-edged sword; it can cut both ways, it has positive and negative effects.
8. Dengan majoriti besar ini, secara positifnya, kita sekarang memang boleh melakukan dasar-dasar reformasi termasuk reformasi Perlembagaan yang terpenting untuk memperbaiki sistem pentadbiran yang telah rosak selama berdekad-dekad.
9. Yang negatif pula, dewan yang mulia ini perlu berwaspada bahawa dengan majoriti yang sangat besar, ada bahayanya Parlimen yang mulia ini mungkin menjadi satu rubber stamp kepada pihak eksekutif.
10. Kita sebagai ahli-ahli Parlimen, perlu memastikan politik Malaysia tidak menjadi regresif seperti zaman pentadbiran Perdana Menteri ke-4. Pada masa itu, kerajaan juga mempunyai two-thirds majority, dan semua institusi-institusi check and balance, termasuk Parlimen dikawal oleh beliau. Crony capitalism dibenarkan berpesat dan pembangkang-pembangkang dimasukkan penjara tanpa perbicaraan melalui undang undang zalim seperti ISA.
11. Jadi point ucapan saya yang pertama adalah, dengan izin, a two-thirds majority, can be used for reforms but it can also be abused for power. Oleh demikian, apa-apa pun yang didebat dan dilakukan di dalam dewan yang mulia ini, kesemua ahli parlimen perlu sedar dan sentiasa ingat bahawa tanggungjawab utama kita semua, adalah untuk mempertahankan demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.
12. Poin kedua saya adalah tentang asas demokrasi Malaysia, iaitu sistem pilihanraya yang pada masa kini, belum cukup adil. Memang ada keperluan untuk mereformasikan sistem pilihanraya supaya malapportionment, ataupun pembahagian kerusi yang tidak adil diperbaiki. Ini perlu diatasi secepat mungkin dan sebelum PRU ke-16.
13. Tuan Speaker, saya beri contoh malapportionment yang ketara. Kawasan saya, iaitu P.104 Subang mempunyai 230,000 pengundi. Manakala, kerusi P.125 Putrajaya hanya ada 43,000 pengundi. Kerusi saya mempunyai lebih lima kali ganda pengundi berbanding dengan kerusi Putrajaya.
14. Ini bermakna suara warga Subang, tak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain, adalah hanya pada tahap 20% suara pengundi Putrajaya. Ini jelas bukan sistem demokrasi yang adil.
15. Apa yang perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu dipinda untuk memastikan saiz purata pengundi setiap kerusi adalah tidak melebihi tolak campur 30%.
16. Katakan the average constituency size adalah 100,000 pengundi, maka kerusi paling besar adalah 130,000 pengundi dan paling kecil adalah 70,000 pengundi. Pada pendapat saya formula ini adalah “just right” ataupun dengan menggunakan perkataan Cantonese, ngam-ngam.
17. Formula ini juga mengambil kira keperluan sedikit berat sebelah bagi kawasan luar bandar, tetapi tidaklah sampai ke tahap keterlaluan yang diamalkan sekarang.
18. Konsep deliberate but reasonable rural bias ini juga diamalkan di negara demokrasi yang sangat dihormati seperti Norway dan New Zealand.
19. Tuan Speaker, saya harap Kerajaan Perpaduan ini akan memulakan proses delimitation secepat mungkin berdasarkan formula tolak-campur 30% ini. Dari segi timeline, delimitation exercise ini yang bakal berlaku setiap lapan tahun, adalah dijadualkan untuk pembentangan dua atau tiga tahun dari sekarang, iaitu pada tahun 2026. Jadi kerja pemetaan asas perlu bermula sekarang.
20. Poin ketiga saya adalah mengenai reformasi Parlimen agar ia lebih bebas dari kawalan kuasa eksekutif. Di semua negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang dihormati Parlimen sememangnya dan sepatutnya mempunyai kuasa muktamad, mengatasi kuasa eksekutif.
21. Tetapi malangnya di Malaysia, kehakisan kuasa Parlimen Malaysia telah berlaku selama berdekad-dekad. Oleh demikian, sudah tiba, masanya kita kembali ke prinsip kebebasan dan kedaulatan Parlimen.
22. Tuan Speaker, langkah pertama ke arah ini adalah dengan izin, the reintroduction and revival of the Parliamentary Services Act 1963. Apabila undang-undang ini dikembalikan, pegawai-pegawai Parlimen tidak akan dilantik lagi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan ini akan memastikan pentadbiran Parlimen menjadi lebih bebas dari kawalan eksekutif.
23. Saya difahami kerja merangka rang undang-undang ini telah bermula sejak 2019. Drafting work pun sudah lebih kurang siap sejak 2020. Apa yang kekurangan adalah political will. Oleh demikian, saya berharap rang undang-undang ini akan dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan with full political will dan diluluskan pada tahun ini juga.
24. Tuan Speaker, saya ingin beralih fokus kepada isu fiskal dan ekonomi. Walaupun kerajaan ini cuma memerintah selama dua-tiga bulan, namun kita telah menyaksikan dua pencapaian ekonomi yang baik.
25. Yang pertama adalah peningkatan kadar penukaran ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat. Dari kadar satu US dollar ke 4.70 Ringgit di November 2022, Kerajaan Perpaduan baru telah berjaya menenangkan pelabur-pelabur domestik dan asing, menghentikan pelarian modal ataupun capital flight dan ini telah mengukuhkan ringgit sebanyak 9% iaitu ke kadar satu US Dollar ke 4.30 ringgit sekarang.
26. Oleh kerana Malaysia mengimport lebih kurang RM60 ke 70 billion makanan setahun, pengukuhan ringgit 9% ini telah juga menolong kawal kos import makanan, dan ini telah dapat menolong sedikit sebanyak kerajaan mengawal inflasi makanan.
27. Namun inflasi makanan terus naik disebabkan kos-kos input penjanaan makanan seperti baja, racun perosak, bahan makanan haiwan dan minyak yang terus meningkat pada peringkat global.
28. Pencapaian ekonomi yang kedua, ialah dalam soal kekurangan pekerja asing, di mana proses pengambilan pekerja asing sekarang adalah jauh lebih telus dan cepat. Pada bulan November tahun lalu, Malaysia kekurangan 1.2 juta pekerja asing. Pada masa itu, majoriti besar majikan-majikan telah sengsara selama setahun menunggu kelulusan pekerja asing dari kementerian-kementerian.
29. Berbanding dengan Kerajaan Perpaduan baru ini, dalam masa dua ke tiga bulan sahaja, kami telah berjaya mempercepatkan proses ini dan dipercayai lebih kurang 400,000 pekerja asing telah diluluskan. Dalam kawasan P.104 Subang, ramai majikan kini lebih gembira kerana operasi perniagaan mereka sudah sedikit sebanyak kembali pulih.
30. Tuan Speaker, pada 24hb Februari nanti, kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2023. Isu utama belanjawan adalah keadaan fiskal kerajaan yang sangat sempit. Dengan izin, the fiscal space is currently very tight.
31. Walaupun keadaan ekonomi Malaysia sudah mula pulih sedikit, ekonomi kita adalah highly dependent on international trade, dan global economic outlook masih tidak menentu.
32. Dalam situasi global sebegini, saya ingin menasihati kerajaan supaya tidak menaikkan apa-apa cukai baru untuk memperkukuhkan keadaan fiskal kerajaan. Apa yang patut dilakukan kerajaan adalah menyemak semula isu-isu dasar procurement atau perolehan, dengan izin, to cut out corruption with better procurement policies.
33. Saya juga ingin memberi cadangan kepada kerajaan untuk mula mengkaji kemungkinan membuat satu IPO, Initial Public Offering of Petronas di bursa saham. Dengan izin, the listing of Petronas will provide a massive cash injection to pare down the national debt, provide more financial transparency and better governance to Petronas, hence improving overall fiscal revenue for the government.
34. Saya percaya sekiranya Petronas diurus sebagai satu syarikat dengan high international governance standards, keuntungan Petronas dari lebih kurang RM60 billion setahun boleh mencecah RM100 billion setahun. Peningkatan ini boleh menolong mengurangkan hutang negara ke tahap 30% KDNK dalam masa 10 ke 15 tahun.
35. Oleh itu, saya menyeru kerajaan membuat satu kajian terperinci segera sebelum faktor seperti perubahan iklim memudaratkan penilaian aset Petronas. Kita perlu mengikut langkah bijak yang dilakukan oleh Aramco pada tahun 2019.
36. Tuan Speaker, poin terakhir saya adalah mengenai tadbir urus yang baik ataupun good governance. Negara kita sangat kaya dengan minyak dan gas, tapi hutang negara telah melebihi satu trillion.
37. Negara kita mempunyai banyak tokoh-tokoh perniagaan, tetapi ekonomi kami terus mengalami capital flight, sebab ekonomi kita masih tidak ada level playing field, didominasi dan disekat oleh crony capitalism.
38. Pelajar-pelajar kita dan pekerja-pekerja kita pandai, rajin, tetapi gaji tidak adil dan brain drain berterusan. Mengapakah perkara-perkara buruk ini terus berlaku di Malaysia?
39. Tuan Speaker, isu terasnya adalah rasuah dan kegagalan tadbir urus.
40. Untuk mengatasi perkara ini, saya ada beberapa cadangan. Yang pertama dan paling basic, adalah meminta kerajaan membuat public asset declaration kesemua ahli-ahli parlimen dan penjawat awam tinggi. Deklarasi sahaja tidak mencukupi, kesemua deklarasi juga perlu diaudit secara bebas.
41. Kedua, adalah mengenai gaji. Pembayaran gaji yang setimpal dengan kuasa dan skop kerja perlu dilakukan. Di Singapura, negara yang cukup bersih dan bebas dari gejala rasuah, gaji ahli parlimen dan penjawat awam mereka adalah tinggi, dengan izin, their pay is comparable to private sector rates.
42. Hanya dengan tawaran gaji yang baik dan adil, kerajaan boleh menarik lebih golongan profesional dan teknokrat untuk berkhidmat di dalam kerajaan. Dengan profesionalisme yang tinggi, kerajaan akan menjadi lebih efisien, cekap dan amanah.
43. Tuan Speaker, seiring dengan dasar gaji berpatutan, kerajaan Singapura juga mengamalkan dasar yang amat tegas terhadap rasuah. Malangnya, di Malaysia, persepsi rakyat terhadap keberkesanan SPRM adalah jauh dari sasaran.
44. Kerajaan juga perlu secara prioriti membentang dan meluluskan Political Financing Act dengan elemen utama iaitu penerimaan dana dari kerajaan untuk parti-parti politik. Selain daripada Parliamentary Services Act, the Political Financing Act merupakan rang undang-undang yang terpenting yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan ini.
45. Tuan Speaker, izinkan saya menggulung perbahasan saya. Poin-poin yang saya telah bentangkan adalah cuma beberapa sahaja, tetapi pada pendapat saya, kesemua poin-poin ini sangat penting dan boleh dicapai dengan adanya political will. Saya harap ahli-ahli parlimen yang lain boleh menyambut dan memberi pandangan balas kepada ucapan saya.
46. Akhir kata, sama ada kita berpandangan sama atau tidak, sekiranya kami berdebat dengan adab dan budi, berkongsi pendapat tanpa kepentingan sendiri, tetapi demi kepentingan rakyat dan negara, berani berucap yang benar tanpa rasa takut atau pilih kasih, sekiranya semua ini dilakukan, saya percaya Malaysia akan selamat, ekonomi akan maju, dan keadilan dan akhlak minda semua rakyat akan bertambah baik.
47. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang ini, saya menyokong sepenuhnya Titah di Raja yang telah bentangkan oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.